Remaja hari ini ingin mengekalkan budaya warisan bangsa melayu mereka. Berikan pendapat kamu.
Definisi perkataan budaya datang dari perkataan sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermakasud budi pekerti atau akal. Di dalam pengertian yang luas pula ian bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan ‘perkara semula jadi‘ yang bukan diciptakan atau bloeh diubah oleh manusia. Di dalam inggeris pula ,kebudayakan disebut sebagai culture yang berasal daripad perkataan latin colore yang bermaksud menanan atau mengerjakan. Maksud perkataan melestarikan ialah mengekalkan menentapkan agar ianya tidak berubah-ubah.
Perkataan warisan pula bermaksud harta peniggalan ataupun harta pusaka. Makna perkataan bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan darjat tinggi ataupun keturunan mulia. Budaya yang akan diketengahkan ialah dari segi kesenian seperti tekstil, seni silat tarian dan lukisan batik, segi peradaban seperti perkhawinan , hormat-menghormati dan lain–lain lagi dan segi bahasa seperti pantun, puisi, jawi dan lain-lain lagi.
Kesenian tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian untuk memberikan maksud perkataan dengan melakukan tarian dan mereka pun cuba mempersembahkan kepada kita remaja.
Tetapi adakah kita memahami apa tarian itu cub memberitahu kita? Seperti hari ini mereka cuba memberitahu kita apa tarian yang bertajuk harmony dan mereka telah mempersembahkan tarian melayu, india dan china dan mereka telah menunjukan kita bagaimana kita boleh melestarikan budaya kita dan juga warisan bangsa orang lain dan kita juga. Pada pendapat saya, remaja hari ini tidak memahami bagaimana mereka boleh mengekalkan budaya, warisan dan bangsa melayu kita dan mereka mesti mengetahui apa itu budaya kita dan juga bagaimana kita melestarikan budaya melayu kita dan warisan bangsa melayu kita.kita boleh menolong remaja kita hari ini dengan menunjukan tarian kita kepada orang lain dan juga warisan kita.
kenapa datang lambat?
Wednesday, February 11, 2009
Melestarikan Budaya Warisan Bangsa
Posted by bb2008 at 8:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment