kenapa datang lambat?

Tuesday, January 27, 2009

Erti "persahabatan"

Ali dan Ahmad selalu belajar bersama-sama selepas sekolah setiap hari dan mereka selalu bermain bola sepak bersama-sama di tepi blok Ali .persahabatan mereka selalu rapat walaupun mereka ada benda yang mereka tidak setuju, mereka akan menyelesaikan dengan yang baik bukan bergaduh. Pada hari sabtu yang lalu ali sedang bermain bola sepak dengan ahmad bersama dengan kawan-kawan yang lain. Semasa mereka bermain bola sepak mereka mereka terdengar pengaduhan di bawah blok ali. Ali dan Ahmad bersama dengan kawan mereka ternampak dua kawan kelas ali yang bernama john dan muthu sedang bergaduh. Ali dan Ahmad berhenti bermain bola sepak dan terus lari ke arah pengaduhan untuk berhentikan pengaduhan itu.

Selapas beberapa kali untuk menghentikan pengaduhan itu, Ali bertanya kenapa mereka bergaduh dan apa punca masalah yang menyebabkan mereka gaduh.John memberitahu Ali yang Muthu cuba meminjam duit daripada john beberapa kali dan berjanji akan bayar balik duit yang dia pinjam akhir bulan ini. Bila Ali tanya john berapa dia utang John bercakap $100. John pun jumpa muthu di bawa blok hari ini dan beritahu kenapa dia tidak bayar hari ini. Muthu cakap dia tidak ada duit untuk bayar balik kepadanya hari ini dan ia menyebabkan john begitu marah dan pergaduhan bermula.

Ahmad pun bertanya Muthu kalau dia ada masalah kewangan di keluarga. Muthu bercakap dia memang ada masalah kewangan kerana bapanya sedang dirawat di dalam hospital dan dia cuma menjual hasil makanan ibunya di luar tetapi tidak cukup untuk bayar bayaran hospital itu sebab dia terpaksa meminjam wang dari kawan dia untuk membayar bayaran hospital bapanya. Selepas mendengar cerita itu dari Muthu, John berminta maaf dengan muthu dan bercakap duit yang dia telah pinjam itu jangan bayar balik dan kira pinjaman itu sebagai kasihan untuk bapa muthu. Ali, Ahmad, John dan kawan-kawan lain bertanya bagaimana mereka boleh menolong Muthu membayar utang hospital itu.

Muthu bercakap mereka boleh menolong dia menjual hasil makanan yang sudah disiapkan oleh ibunya. John memberi cadangan kepada Muthu kalau mereka boleh memasakan biskuit dan menjualkan biskuit itu kepada kawan sekolah mereka supaya mereka dapat lebih duit dan muthu tidak payah lagi kecewa sebab tidak dapat makanan semasa waktu rehat. Dari situ John, Muthu, Ali dan Ahmad mulakan persahabtan yang baik.

0 comments: