kenapa datang lambat?

Thursday, January 29, 2009

Sepatu Merah

Semasa Ali sedang membersihkan bilik adiknya sebelum pagi raya Haji, Ali terjumpa sepatu merah di bawah katil adiknya dan memula berfikir kenapa dia menyimpan sepatu merah itu di bawah katilnya. Selepas adiknya pulang dari sekolah, Ali bertanya kenapa dia menyimpan sepatu merah di bawah katilnya. Adiknya bernama ahmad mula menangis dan ali menyuruh ahmad duduk di kerusi yang sudah disediakan oleh ahmad dan memberitahu kenapa ahmad menangis dan adakah kena-mengena dengan sepatu merah yang dia sedang memegang ditangannya. Ahmad terus mengaku dan memberitahu ali kenapa dia menyimpan sepatu merah itu.

Ahmad pun memulakan ceritakan apa yang telah berlaku. Pada hari ahad yang lalu, ahmad dan kawan baiknya yang bernama John sedang berjalan-jalan di kedai-kedai yang menjual kasut dan John ternampak sepatu merah tetapi tidak bawa cukup duit hari itu dan Ahmad berfikir sepatu merah itu mesti dia belikan untuk john sebagai hadiah hari jadinya. Selepas John pulang balik ke rumahnya, dia pun terus pulang ke rumah untuk mengambil wang simpanan dan terus membeli sepatu merah dan bertanya pejual itu untuk bungkus sepatu merah itu.

Keesokkan hari Ahmad terus membawa hadiah John dan terus menjumpa dia di kanteen dan John terperanjat bila ahmad menghadiahkan hadiah itu kepada John dan Ahmad memberitahu untuk membuka hadiah itu sekarang dan dia berasa gembira bila dia ternampak sepatu merah kasut yang sama semalam.

Semasa John berjalan dari sekolah untuk pulang ke rumah, John dilanggar lori semasa menyeberang di jalan raya dan sepatu merah dicampak di bawah blok Ahmad. Semasa Ahmad berjalan di bawah kolong blok, dia terjumpa sepatu merah yang memang sama yang dia telah belikan untuk John kerana ada nama John menulis di tepi sepatu merah itu dan dia mula berasa risau. Semasa Ahmad berjalan sambil berfikir dia ternampak ambulans di tepi jalan raya dekat dengan rumah john dan dia terus lari ke sana dan nampak john terbaring di jalan raya yang berdarah banyak. Ahmad terus menangis dan itulah ceritanya berhenti dan Ali memujuk Ahmad jangan menangis dan berjanji jangan bertanyakan sepatu merah itu lagi.

0 comments: