kenapa datang lambat?

Saturday, August 9, 2008

Cara-cara Menjadi Pengguna Internet Yang Bertanggungjawab

Cara-cara Menjadi Pengguna Internet Yang Bertanggungjawab
Zaman terkini telah pun bertukar kepada zaman technologi yang boleh mendapat makalumat dengan sepantas sekalidan ia akan menolong kita untuk membuat kerja kita.

Para-para pengguna internet hari ini selalu mengguna internet bukan dengan baik tetapi dengan buruk. Walaupun kita mengada “anti vrus system” pengguna internet yang salah menggunanya akan mendapat berbagai virus dan ia akan mencuri maklumat penting yang boleh di pakai untuk perbuataan yang jahat.Ibu bapa mesti menaikan system maklumat unuk memberhentikan virus-virus dari mengambil maklumat penting dari kita.Para pengguna mesti juga berhati hati semasa menggun internet kerana ia akan bertanya nama awak dan akan mahu berjumpa dengan awak supaya mereka boleh melakukan benda benda yang haram.Ibu bapa mesti mermerhatikan anak anak mereka semasa mereka berbuat kawan di internet dan kita mesti memberitahu ibubapa kita bila kita rasa tidak selesa dengan orang itu.Ibu bapa mesti melaporkan kepada polis kalau anak mereka di cabul atau dihina di dalam internet.

Internet hari ini amat berbahaya kerana ia mengadungi informasi kadang kala informasi yang tidak berbahaya dan ada juga informasi yang boleh mencederakan kita seperti bagaimana kita boleh membuat bom,cara-cara untuk membunuh diri ataupaun negara hari ini. Informasi yang baik selalu menolong kita di dalam projek kita,cara-cara unuk membina sesuatu dan juga mencari maklumat penting unuk mlindungi kita dari virus-virus.

Kita boleh menjadi pengguna yang baik kalau kita tidak menonton video-video yang lucah,jangan menhina orang lain di blogspot atuapun di friendster,jangan menaikan maklumat yang haram ,jangan mengambil informasi-informasi dari orang lain tanpa izin dan jangan mencerdera hari orang lain seperti di dalam politics dan jangan bercakap buruk kepada ahli-ahli politik di dalam internet.Pengguna internet yang baik akan bermain permainan yang tidak lucah,mencari maklukmat untuk projek kita dan karangan kita.internet telah mengubah cara cara kita berhidup hari ini seperti menghatar sampul surat kepada kawan kita di dalam negeri lain yang telah diubahkan penhantaran surat itu kepada email melalui internet.

Saturday, July 26, 2008

Jenis-Jenis gasing

Adakah berapa banyak jenis jenis gasing yang di adakan sekarang?Dan siapa boleh beritahu saya apa-apakah nama jenis-jenis gasing?Tak tahu lagi mari saya beritahu awak, ada enam jenis gasing ia itu gasing leper kelantan,gasing uri,gasing kuno,gasing baba,gasing jantung dan juga gasing tanjung.ini gambar gambar enam jenis gasing dan jug ukirannya.

Gasing Leper Kelantan



Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga
leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri


Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan agak
leper
Berat: 6 kg
Lilitan: 60 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing Kuno


Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan
berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba


Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti
telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur

Gasing Jantung


Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Gasing Tanjung
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan
berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

informasi boleh di dapati di lelaman ini http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/fisiologigasing.htm

Cara Bermain Permainan Tradisional Gasing

CARA BERMAIN PERMAINAN GASING
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
1. Melilit Tali
2. Melilit Gasing
3. Memusing Gasing
4. Memangkah Gasing
5. Mengangkat Gasing

Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
-Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke jari kelingking

-Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing di pergelangan tangan

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.
Ibu jari tangan kiri menekan rambu tali gasing pada leher gasing


Cara melilit tali pada gasing lilitan ketiga



Cara memegang gasing sebelum dililit dengan tali

Lilitan permulaan bagi gasing



Lilitan separuh bahu gasing



Lilitan gasing penuh



Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.
Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik.
Langkah awal pemain semasa hendak memusingkan gasing mengikut cara pusing sorong tarik





Gasing dihayunkan dengan kedudukan kira-kira 45 darjah daripada kaki kiri




Gasing terus dihayunkan untuk dicampakkan



Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.
Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan










Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Cara melakukan pangkah totok. Pangkah dilakukan dari jarak dekat supaya mengenai sasaran.



Gasing dilepaskan ke arah lawan dengan cara pangkah totok.




Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.





Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Gasing dipegang lebih tinggi dari paras kepala apabila hendak melakukan pangkah layang










Pemain mengimbangkan badan untuk melakukan pangkah layang




Gasing pemangkah ditujukan pada bahu gasing pemusing




Kaedah melakukan pangkah terbang;badan dibongkokkan sedikit dan gasing dihayun ke belakang pada paras bahu.


Pemain menggunakan cara pangkah tebang untuk memangkah labu gasing pemusing.



Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.


Mengangkat Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

Wednesday, July 16, 2008

Permainan gasing Masa Kini

Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.
Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.
Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.
Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/permainangasingmasakini.htm

Perkembangan Permainan tradisional gasing

Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.
Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.
Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu juga dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.
Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.
Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.
informasi boleh didapati di lelaman http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/sejarahgasing.htm

Tuesday, July 15, 2008

Asal usul permainan tradisional-gasing

Adakah awak tahu mana datang permainan tradisional gasing? awak masih tak tahu lagi?Marilah saya beritahu awak mana asal usul permainan tradisional gasing. Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

informasi boleh didapati di lelaman http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/asalUsul.htm

Asas Permainan Tradisional-Congkak


ASAS PERMAINAN
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongkak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
informasi boleh didapati di lelaman http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080512075704AASw5qj

Monday, July 14, 2008

Cara-Cara untuk membuat congkak

CARA MEMBUAT CONGKAK
Ada sesiapa yang boleh tahu apa jenis-jenis kayu congkak yang boleh di perbuatkan oleh?Tidak sesiapa yang tahu apa yang diperbuatkan?Saya sekarang akan memberitahu awak jenis jenis kayu congkak yang boleh didapati.
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Buah congkak yang paling biasa digunakan ialah guli, namun apa-apa biji atau batu kecil yang agak bulat boleh digunakan untuk bermain congkak.

informasi boleh didapati dari lelaman ini http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080512075704AASw5qj

Saturday, July 12, 2008

Cara-cara untuk bermain congkak

CARA BERMAIN CONGKAK
kalau awak tidak tahu untuk bermain congkak mari saya meberitahu awak.Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.
informasi boleh didapati di lelaman ini http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080512075704AASw5qj

Friday, July 11, 2008

Peraturan Permainan Tradisional-Congkak

PERATURAN PERMAINAN
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
informasi boleh didapati di lelaman ini http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080512075704AASw5qj

Tuesday, July 8, 2008

Asal usul untuk permainan tradisional-congkak

ASAL-USUL
Congkak yang dipercayai berasla dairpada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain Congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai "warri" atau "awari". Di indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Informasi boleh di dapat dari http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080512075704AASw5qj

Wednesday, July 2, 2008

Permainan Tradisional-congkak

Congkak ialah satu permainan tradisional yang selalu di main selepas bekerja keras di padang padi.Ia selalu dimainkan oleh wanita atau dimain oleh pemuda.Congkak ini berasal daripada orang orang kampung yang selalu bekerja di padang padi.Sebelum kita bermain congkak seseorang mesti ada kayu yang berpanjangan 80cm dan bertebal 18cm.Kayu itu mesti ada dua lubang yang belainan yang bernama lubang kampung atau pun lubang anak dan juga lubang rumah.Lubang kampung mesti ada di dalam nombor lima,tujuh atau pun sembilan.Lubang kampung itu mesti di dalam barisan dua di mana lubang rumah itu di tujukan dengan dua lubang besar bersebelahan dengan barisan lubang kampung itu di letakan.Anak-anak buah itu selalu di pakai di dalam permainan congkak itu di tunjukan sebagai batu dan di mainkan secara memasukan di dalam lubang.Permainan ini senang untuk di mainkan.Cuma dua orang boleh bermain berulang ulang kali sehingga hanya satu orang sampai ke lubang yang kosong itu orang itu mesti berhanti bermain.Dia boleh bermain lagi kalau pelawan itu pun berhenti di lubang kosong.Permainan congkak ini tamat bila anak-anak buah tidak ada lagi di dalam lubang kampung atau lubang anak.Orang yang ada lebih anak-anak buah daripada pelawan itu akan menang permainan itu.
informasi boleh di dapati di http://www.google.com/

Monday, June 30, 2008

Pertandingan Blogging Permainan Tradisoinal 2008

Perasaan dan Reaksi

Saya berasa terperanjat bila kita semua terpaksa membuat projek tentang permainan tradisional melayu di dalam format blog kerana saya tak pernah pun membuat blogging di dalam lelaman internet yang lain. Saya pun juga terperanjat bila kita bertanding di dalam pertandingan blogging kerana saya tidak pernah pun menyertai pertandingan blogging saya memang minat untuk menyertai pertandingan itu.



Saya akan mencari informasi di lelaman internet dan juga pergi ke perpustakaan untuk mencari informasi di dalam buku-buku.