kenapa datang lambat?

Tuesday, July 15, 2008

Asal usul permainan tradisional-gasing

Adakah awak tahu mana datang permainan tradisional gasing? awak masih tak tahu lagi?Marilah saya beritahu awak mana asal usul permainan tradisional gasing. Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

informasi boleh didapati di lelaman http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/asalUsul.htm

0 comments: