kenapa datang lambat?

Saturday, July 26, 2008

Jenis-Jenis gasing

Adakah berapa banyak jenis jenis gasing yang di adakan sekarang?Dan siapa boleh beritahu saya apa-apakah nama jenis-jenis gasing?Tak tahu lagi mari saya beritahu awak, ada enam jenis gasing ia itu gasing leper kelantan,gasing uri,gasing kuno,gasing baba,gasing jantung dan juga gasing tanjung.ini gambar gambar enam jenis gasing dan jug ukirannya.

Gasing Leper Kelantan



Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga
leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri


Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan agak
leper
Berat: 6 kg
Lilitan: 60 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing Kuno


Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan
berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba


Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti
telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur

Gasing Jantung


Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.

Gasing Tanjung
Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan
berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

informasi boleh di dapati di lelaman ini http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/fisiologigasing.htm

0 comments: